30 LAKARAN
isma zati
Tuesday 4 June 2013
Thursday 30 May 2013
Proses Kerja
Kerja dimulakan dengan memotong bekas mister potato unutk dijadikan acuan dan juga foam
Setelah memotong, glu akan diletakkan pada foam yang perlu disambung
Setelah semuanya selesai, bekas yang telah dipotong dan juga foam tersebut akan dicat dengan water base.
Setelah water base kering, anggota-anggota yang dicat akan di spray dengan warna kelabu
Setelah cat spray kering, semua bahagian disambung
Ini adalah hasil projek kami....Alhamdulillah kami berjaya selesaikannya jug....
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana telah berjaya menyempurkan projek RC ini dan juga pembentangan. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Puan Fadila Bt Mohd Amin yang banyak memberi bimbingan sepanjang projek, dan tidak lupa juga kepada En Ilham yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang projek ini berlangsung. Kepada ahli kumpulan saya iaitu Rodziah Md Rus dan Siti Nur Ain Osman, terima kasih kerana sudi bekerjasaman dengan saya. Diharap pada masa akan datang kita akan berkolabrasi lagi Insya-Allah
poster model
kenangan bersama ahli kumpulan dan model
prosedur kerja- part 1
prosedur kerja- part 2
Kajian Kes
Kami menjalankan kajian di Pontian, Johor. Kami melawat tiga tempat kajian IKS iaitu mini kilang memproses nanas di Parit Selangor dan dua lagi tempat di Sri Bunian iaitu Frozen Food dan Cake berdekatan dengan rumah Ain.
IKS yang pertama kami melawat adalah JOSA ENT. iaitu, mereka mengusahakan produk nanas seperti sos, jem, teh, pati jus nanas, dan sebagainya.
Kemudian kami meneruskan lawatan kami ke Anor Food yang mengusahakan produk frozen food.
bersama pengusaha dan Pn Milah (kiri sekali)
Kami meneruskan kajian kami di pengusaha Zainab's Cake. Beliau merupakan bekas tentera namun mengusahakan kek sebagai sumber pendapatan sampingan. Beliau turut membuat makanan lain selain daripada kek iaitu donat. Beliau memaklumkan turut menghantar bekalan roti tersebut ke sekolah-sekolah.
pengusaha kek berbaju merah dan En Ahmad
Kami turut disajikan dengan donat yang beliau dan isteri usahan. Ternyata donat yang beliau hasilkan sangat lembut.
Disini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada keluarga rakan ayah saya iaitu En Ahmad dan isteria beliau Pn Milah yang banyak membantu kumpulan saya dalam menjalankan kajian ini. Tanpa mereka mungkin kami tidak akan sampai ke Pontian. Syukur alhamdulillah.
Thursday 2 May 2013
PAPER CLAY
Tanah Liat Kertas (Papaer Clay-PC) juga dikenali sebagai fiber clay merupakan campuran tanah liat dengan kertas. Ia digunakan dalam pembuatan model. KELEMAHAN PC adalah mudah terbakar dan cepat mengeras apabila terdedah pada persekitaran yang terbuka.
terdapat dalam pelbagai warna
keadaan paper clay sebelum dibentuk
Selepas model dibentuk, model tersebut akan dilas bagi mendapatkan bentuk yang licin atau boleh dibiarkan dalam keadaan asal kemudian dicat.
Dalam Asas RC kami dikehendaki membuat model menggunakan paper clay dan juga tanah liat.
Model yang dibuat menggunakan tanah liat perlu dipanaskan terlebih dahulu tanah liat tersebut sebelum dibuat bentuk kerana tanah liat tersebut terlalu keras untuk dibentuk. lain pula dengan paper clay, ia tidak boleh terdedah terlalu lama kerana ia cepat mengeras. Gambar dbawah adalah hasil model yang kami buat.
editor oleh Siti Nur Ain
Subscribe to:
Posts (Atom)