Thursday, 21 February 2013

Definisi Kreativiti




Kreativiti boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau keupayaan menghasilkan, mewujudkan, dan mencipta sesuatu yang baru. Kreativiti melibatkan :

  • Keupayaan berfikir berfikir yang dapat melahirkan idea baru yang unik dan menarik. Idea tersebut boleh berupa idea mudah atau kompleks.
  • Keupayaan berfikir secara praktikal seterusnya dapat menterjemah idea dan teori dalam bentuk aplikasi.
  • Keupayaan berfikir secara kritikal dan mebuat penilian secara analitikal dan mengemukakan cadangan penyelesaian. 
Bagi seorang kanak-kanak, memikirkan sesuatu idea walaupun ianya suatu idea yang nakal, kanak-kanak tersebut boleh diklasifikasikan seorang yang kreatif. Bagi ahli sains pula yang menghasilkan sesuatu idea, beliau diandaikan sebagai melatih kreativiti. oleh itu, kreativiti adalah sesuatu proses berfikir. Kreativiti dalam Bahasa Inggeris menguna pakai perkataan 'create'.









No comments:

Post a Comment