ERGONOMIK
·
Ergonomik
merupakan suatu bidang kajian tentang hubungan antara factor anatomi,
psikologi, dan fisiologi manusia dengan persekitaran kerjanya yang melibatkan
penggunaan alatan.
·
Ergonomik
berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang
semulajadi) yang membawa maksud rekaan mesin atau produk yang disesuaikan
dengan fizikal manusia.
·
Ergonomik menurut
kamus oxford adalah suatu kajian saintifik berkenaan hubungan antara pekerja
(manusia) dengan persekitaran mereka.
·
Ianya perlu
mengutamakan ciri-ciri keselamatan, keselesaan, kecekapan pengendalian alatan
serta tidak memudaratkan kesihatan.
·
Ergonomik bertujuan
untuk memastikan sesuatu kerja atau peralatan yang digunakan serta persekitaran
kerja sesuai dengan fizikal manusia.
·
Penggunaan
prinsip-prinsip ergonomik di tempat kerja boleh menghasilkan peningkatan
produktiviti disamping memperbaiki taraf kesihatan dan keselamatan pekerja.