Friday 15 March 2013





ERGONOMIK

·         Ergonomik merupakan suatu bidang kajian tentang hubungan antara factor anatomi, psikologi, dan fisiologi manusia dengan persekitaran kerjanya yang melibatkan penggunaan alatan.
·         Ergonomik berasal daripada perkataan Greek iaitu ergos (kerja) dan nomos (undang-undang semulajadi) yang membawa maksud rekaan mesin atau produk yang disesuaikan dengan fizikal manusia.
·         Ergonomik menurut kamus oxford adalah suatu kajian saintifik berkenaan hubungan antara pekerja (manusia) dengan persekitaran mereka.
·         Ianya perlu mengutamakan ciri-ciri keselamatan, keselesaan, kecekapan pengendalian alatan serta tidak memudaratkan kesihatan.
·         Ergonomik bertujuan untuk memastikan sesuatu kerja atau peralatan yang digunakan serta persekitaran kerja sesuai dengan fizikal manusia.
·         Penggunaan prinsip-prinsip ergonomik di tempat kerja boleh menghasilkan peningkatan produktiviti disamping memperbaiki taraf kesihatan dan keselamatan pekerja.










No comments:

Post a Comment