Friday 15 March 2013

WARNA





Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untuk cahaya dikenali sebagai spektrum nampak, atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.


Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama semasa.


Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya.


JENIS JENIS WARNA

Warna Asas


Merupakan warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer. Warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu:
  • Merah
  • Biru
  • Kuning


Warna Sekunder

Warna Sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas. tiga warna sekunder tersebut ialah:

Warna Asas 1
Campuran
Warna Asas 2
Hasil Warna
Merah
+
Kuning
Jingga
Kuning
+
Biru
Hijau
Biru
+
Merah
Ungu


Warna Tertier

Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6 warna.



Warna Asas
Campuran
Warna Sekunder
Hasil Warna
Kuning
+
Hijau
Kuning
+
Jingga
Merah
+
Jingga
Merah
+
Ungu
Biru
+
Ungu
Biru
+
Hijau



No comments:

Post a Comment