Thursday 14 March 2013

REKA BENTUK

Apa yang ada disekeliling kita adalah suatu reka bentuk seperti bangunan, kereta, peralatan harian seperti memasak, menulis, menjahit, dan sebagainya mempunyai ciri-ciri reka bentuk tertentu. Alam semulajadi juga mempunyai reka bentuk yang unik seperti daun. Daun seperti yang kita ketahui mempunyai pelbagai saiz dan bentuk. Ia tidak akan sama walaupun datang daripada pokok yang sama sebagai contoh urat daun.

Reka bentuk mempunyai nilai estetika tertentu tujuan ianya dicipta (ciptaan Allah s.w.t) atau direka (ciptaan manusia) bagi mewujudkan keserasian penggunaannya, aspek keharmonian, keseimbangan, dan sebagainya. 


Reka bentuk ditakrif sebagai corak atau bentuk sesuatu yang direka. Ia juga boleh didefinisikan sebagai susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan produk. 


PENGELASAN REKABENTUK

Rekabentuk Grafik

Rekabentuk grafik ialah proses kreativiti yang menggunakan lukisan dan teknologi untuk menyampaikan idea-idea. Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej, dan kini merupakan satu cabaran kepada perekabentuk grafik kerana mereka perlu memindahkan hasil kerja ke dalam rekabentuk komunikasi maya untuk menyampaikan mesej dan sekaligus untuk meyakinkan pengguna. 



Grafik Ilustrasi

Grafik ilustrasi adalah satu bentuk lukisan jelas dan sempurna yang dapat menyampaikan mesej atau idea tertentu. Grafik ilustrasi ialah teknik penghasilan grafik bagi menghasilkan rupa paras objek atau lukisan berbantukan teknologi komputer seperti menggunakan Adobe Photoshop, Paint Shop, Freehand atau Illustrator. Ilustrasi yang berkesan adalah dapat mencapai tujuan pengiklanan dengan lebih efektif dalam masa yang singkat. Ilustrasi yang efektif juga dapat menjelaskan gambaran isi kandungan yang panjang justeru dapat menjimatkan masa dan tenaga.



No comments:

Post a Comment